Saturday, April 18, 2009

Zahrain nafi konspirasi jatuhkan Fairus

PKR Pulau Pinang menafikan dakwaaan wujudnya konspirasi hendak menjatuhkan Mohammad Fairus Khairuddin sehingga beliau terpaksa berundur semua jawatan, termasuk ADUN Penanti.Pengerusi perhubungannya Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan bekas timbalan satu ketua menteri itu meletakkan jawatan atas keputusan peribadi setelah berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama."Saya tak tahu apa konspirasi yang dia maksudkan kerana selama ini perkara ini tidak pernah disebutkan dan setahu saya tiada sesiapapun nak buat jahat atau nak menjatuhkan dia."Dia yang ambil keputusan untuk letak jawatan kerana mahu sambung belajar tetapi bagaimana pula dia boleh kata ada konspirasi untuk menganiayainya. "Saya tak faham, lagipun saya tidak fikir Anwar akan buat begitupada dia," katanya kepada kepada agensi berita itu.Zahrain berharap semua pihak tidak membuat spekulasi buruk dan sebaliknya menghormati keputusan pemimpin muda itu.

No comments: