Tuesday, December 9, 2008

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa Pecahkan Mitos Pembangunan BN

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa dalam tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa semalam. Tragedi tersebut telah menyebabkan kematian empat orang dan kehilangan tujuh orang penduduk setakat ini.

Sebuah pusat operasi penyelamatan telah ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat di bawah pengelolaan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali semalam bagi mengumpul sumbangan daripada orang awam dan mengelolakan gerak kerja bantuan serta keselamatan. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan ataupun menjadi sukarelawan, khususnya mengawasi keselamatan pada waktu malam, sila hubungi Angkatan Muda KeADILan pada talian 019-2952065 atau 017-6030093; dan Wanita KeADILan 019-2436573.

KeADILan berpendirian tragedi tersebut berlaku bukan semata-matanya disebabkan oleh cuaca buruk dan hujan lebat pada awal pagi hari Sabtu, tetapi ini adalah bukti kegagalan Kerajaan Negeri Selangor yang lalu dibawah pemerintahan Barisan Nasional yang banyak meluluskan projek perumahan di lereng bukit.

Kenyataan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri semalam agar menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit sekitar Bukit Antarabangsa telahpun terlambat kerana tragedi ini bukan pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

Sinar Harian pada 7 Disember (mukasurat N7, Sejarah Tanah Runtuh di Lokasi Sama) melaporkan tanah runtuh telahpun berlaku beberapa kali di kawasan Ulu Klang sebelum ini, khasnya tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang keperitannya masih dirasai sehingga ke hari ini.

KeADILan kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor dibawah Barisan Nasional sebelum ini yang tetap meluluskan projek pembangunan di lereng bukit selepas tragedi Highland Towers tanpa mengira keselamatan penduduk. Ini amat berbeza dengan pendirian yang berpandangan jauh dari Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat yang mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional selepas 8 Mac.

Mesyuarat Exco telah memutuskan bahawa kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan projek pembangunan di lereng bukit yang mempunyai kecenderungan 25 darjah ke atas mulai pada 2 April 2008.

KeADILan bukan menentang pembangunan tetapi pembangunan mesti mengambil kira semua faktor terutamanya keselamatan dan bukan keuntungan pihak tertentu semata-mata. Tragedi di Bukit Antarabangsa jelas memecahkan mitos pembangunan yang sering digempar gempurkan oleh Barisan Nasional.(Tamat)


TIAN CHUA
Ahli Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, December 3, 2008

Anwar leaves it to Zaid to decide

From Malaysiakini.com: Opposition Leader Anwar Ibrahim today said it was now up to Zaid Ibrahim to decide if he wanted to join PKR or any other opposition parties following Umno's decision to sack him yesterday. MORE
- Zaid and Pakatan share common principles
- Sacking harsh and reflected Umno's intolerance

5th Parti KeADILan Rakyat Congress 2008

Tuesday, November 4, 2008

Keadilan-eclub DeepaRaya Open House / Majlis Rumah Terbuka DeepaRaya Keadilan-eclub

Keadilan-eclub would like to thank for all those who had come to our DeepaRaya Open House on 31st October 2008, especially Miss Felicia Lim, YB Zuraida Kamaruddin and YB Tian Chua. We would like to welcome also for those who had sign-up and participate as a Member of Keadilan-eclub that night.
Keadilan-eclub ingin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka DeepaRaya kami pada 31 Oktober 2008 yang lalu, terutamanya Cik Felicia Lim, YB Zuraida Kamaruddin dan YB Tian Chua. Kami juga ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka yang menyertai sebagai ahli Keadilan-eclub pada malam itu.