Friday, August 15, 2008

Anwar asks voters to save country

From Malaysiakini.com: 14 Aug 2008 - He has picked 'Merdeka' as the theme for his Permatang Pauh campaign, urging voters there to put him on the road to Putrajaya and save the country from tyranny. MORE
- Promises clean campaign
- Sodomy report shows 'no leakage behind'


P44 Permatang Pauh: Kemenangan sudah dirasa
Dari Suara Keadilan Online:
PERMATANG PAUH, 15 OGOS (SK) - Walaupun penamaan calon adalah esokk, namun nampaknya, Permatang Pauh sudah nampak meriahnya untuk menyambut kemenangan KeADILan. LAGI
Berita susulan dari Suara Keadilan Online :
> 14 Ogos - P44 Permatang Pauh: Anwar umum slogan “Merdeka”

峇东埔竞选主题:默迪卡!
安华誓言解放人民伸张正义

从当今大马: 安华宣布峇东埔补选竞选主题定是“默迪卡”,以突显他重返国会的目的,是为了要解放人民所蒙受的压迫,伸张正义。 详文
- 率众三次高喊“默迪卡!”
- 挑战纳吉上电视辩论经济
- 曼德拉形容羞辱方式罕见
- 讥阿力夏自称小支部主席
相关新闻 从当今大马 :
> 8月14日 保送安华进国会肯定多元路线 - 巫统人才凋零推翻不兼任标准

Police report lodged against nursing college

From Malaysiakini.com: The report was lodged against the nursing college which is located Cheras, Selangor by PKR youth members for allegedly swindling students loan funds. MORE
- Loan insurance deducted
- Want police to investigate quick
Other news from Malaysiakini.com :
> 14 Aug 2008 - Exhumed graves: PKR to lodge ACA report

Wednesday, August 13, 2008

Kenyataan Media MB Selangor

JANGAN PANJANGKAN ISU KEMASUKAN PELAJAR UiTM

Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato’ Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.

Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.

Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.

Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Pendekatan Wanita KeADILan dengan Rakyat

Program Kesedaran dan Pendidikan "Selamatkan Anak-anak Kita (Save Our Children)"
Dari blog YB Haniza Talha (ADUN Taman Medan): 3 Ogos 2008 - Pejabat ADUN dengan kerjasama Wanita JIM Petaling Jaya telah menganjurkan satu program kesedaran dan pendidikan "Selamatkan Anak-anak Kita (Save Our Children)". LAGI
Artikel susulan dari blog YB Haniza Talha (ADUN Taman Medan):
> Majlis Gotong-royong Taman Medan - Baiduri
> Penyerahan Sumbangan Lembaga Zakat S'gor Mangsa Kebakaran PJS2
> Kejohanan Boling Piala Ketua Wanita YB Haniza Talha
> Program Keindahan Besama-Mu
> Kempen Prihatin Penjagaan Mata


Program Bantuan Warga Ampang
Dari blog YB Zuraida Kamaruddin (MP Ampang): 12 Ogos 2008 - Puan Zuraida Kamaruddin memberikan bantuan kepada warga Ampang dengan pemberian sedikit beras dan barang keperluan harian, berharap dapat meringankan sedikit bebanan yang di tanggung khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah. LAGI

Monday, August 11, 2008

Kuantan: Forum Profesional

Dari blog YB Fuziah Salleh (MP Kuantan): 10 Ogos 2008, Forum Profesional telah berlangsung dengan di hadiri oleh lebih 60 orang ahli-ahli perniagaan dan profesional. Soalan-soalan telah diajukan kepada ahli panel yang terdiri daripada, YB Sivarasa, YB Azan, Dato’ Fauzi, Felicia Ling (ex-MCA), dan YB Fuziah Salleh. LAGI
Artikel susulan dari blog YB Fuziah Salleh (MP Kuantan):
> Ke mana akan mereka pergi?

Anwar's 61st birthday wish - a big win

From Malaysiakini.com: He celebrates his 61st birthday today. His wish - a big win to send a clear message to the nation that it's time to change Malaysia's political landscape. MORE
- Allow workers time off to vote
- PKR Youth to meet factory owners


'Tugas negara' pengundi Permatang Pauh
Dari Malaysiakini.com:
Sehubungan itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pilihanraya kecil Parmatang Pauh adalah bukan mengenai dirinya, tetapi mengenai urustadbir yang baik, pembasmian kemiskinan dan rasuah serta sistem perundangan dan kehakiman yang tidak adil. LAGI
- Lancar jentera p'raya
- Hantar surat pada kilang


安华61岁生日愿望:补选大胜
扬言若民联执政油价降幅更高

从当今大马: 峇东埔补选
被控上庭后首次重返峇东埔演讲的安华表示,国阵为了讨好人民而调降油价不足为奇,但若要油价降得更低,就必须支持民联。 详文
- 与峇东埔选民共渡61岁生日
- 乐与林冠英合作多过林良实
- 反驳槟州政府剥夺马来权益
- 冠英:选民一票完成三任务

Pakatan ambil alih negara, tiada lagi penahanan dan bicara sewenangan

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang sewenangnya. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam. Saya memuji individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan keselamatan mereka.

Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari aksi yang memaksa kepada aksi sukarela. Ini semua terjadi kerana konspirasi yang dicipta pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai. Ada usaha yang terburu-buru dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer politik beliau. Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam pentadbirannya. Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik wang.

Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.

Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.

Agenda Reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia sudah semakin dekat. Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari kawasan tersebut. Saya berhasrat untuk memasuki Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.

ANWAR IBRAHIM