Thursday, September 11, 2008

Ops Sept 16: PKR four off to Taiwan

From Malaysiakini.com: PKR is set to unleash its team off to Taiwan tomorrow to finalise their talks with some of the targetted BN members of parliament who are willing to defect. MORE
- To discuss Sept 16 details
- Takeover options being mulled


Ops Sept 16: 4 pemimpin PKR ke Taiwan
Dari Malaysiakini.com: Empat pemimpin PKR akan berlepas ke Taiwan esok dalam usaha untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah pelan 16 September. LAGI
- Temui MP BN
- Bincang lompat parti


公正党派四领袖赴台抢人
民联将定夺接管政权方式

从当今大马: 在国阵国会议员“绑桩”到台湾后,4名公正党领袖奉命明日飞往台湾“抢人”和洽谈916变天计划,但是安华并未随行。 详文
- 15日前回国敲定变天细节
- 三种变天方式仍未达共识
- 相信阿都拉已略知谁跳槽

29 pemimpin BN di NS sertai PKR

Dari Malaysiakini.com: Mereka telah menyerahkan keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi. LAGI
- 19 dari PPP
- 7 dari MCA, 3 Umno

Monday, September 8, 2008

Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
KeADILan

YB Dato' Husam Musa

Naib Presiden
PAS

YB Lim Kit Siang

Ketua Ahli Parlimen
DAP

Sumbangan Ramadhan oleh MP Kuantan

Dari blog YB Fuziah Salleh (MP Kuantan): Sabtu lepas, 6 September 2008 telah diadakan program Sumbangan Ramadhan anjuran Parlimen Kuantan, dengan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Kuantan kepada penduduk yang berada dalam kesusahan di sekitar Kampung Semangat, Ubai dan Kampung Sepat di bawah DUN Inderapura. LAGI

Bekerja Untuk Selesaikan Masalah, Bukan Sekadar ‘Tunjuk Muka’ - MB

Dari Suara Selangor Maju: KLANG, 6 SEPTEMBER- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat ialah dengan membuat kerja untuk mengatasi masalah itu bukan hanya menunjukkan muka kepada mereka sebagai tanda sudah turun padang. LAGI

Berita susulan:
> MB Serahkan Bantuan Makanan Kepada Mangsa Ribut

Rayuan sumbangan JEJAK FAKIR anjuran AMK Pulau Pinang

Berdasarkan program Jejak Fakir yang telah menjadi acara tahunan Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang, saya mewakili Jawatankuasa Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang dengan penuh rasa takzim dan rendah hati ini memohon sumbangan dari pihak rakan-rakan untuk menjayakan program ini.

Program ini adalah merupakan kali ke empat setelah bermula sejak tahun 2004. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang akan menetapkan 2 hari untuk menjalankan misi menyampaikan bantuan ke bahagian-bahagian di dalam Negeri Pulau Pinang (21hb Sept dan 28 hb Sept 2008). Senarai penerima bantuan disediakan oleh Angkatan Muda Bahagian yang terlibat. Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan boleh diserahkan kepada saya sendiri atau kepada Bendahari Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang.Sasaran bantuan ialah seramai 10 penerima x 11 bahagian= 110 penerima (Keluarga). Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM2.10 - RM4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM2.20 - RM2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM2.50 - RM5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM2.20 - RM2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM4.00 - RM4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga - RM50.00
Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga RM105.50

Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah
RM105.50 x 110 keluarga : RM11,605.00

Setakat tarikh email ini dihantar Angkatan Muda Keadilan telah berjaya mengumpulkan RM1258.00 sumbangan. Kami masih mengharapkan ada sumbangan dari pihak yang prihatin. Sumbangan diterima sehingga 19hb Sept 2008. Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan rakan-rakan sekalian. Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Bendahari Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
Sdr Aidi Rafizul bin Idrus (Bendahari AMK Negeri Pulau Pinang)
Tel: 016-4362117
Account : Aisyalami Ent (RHB Bank : 20715800028482)
Sdr Ahmad Azrizal Tahir
(Naib 1 Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang)
Tel : 012-4984556