Friday, September 19, 2008

Anwar seeks emergency House session

From Malaysiakini.com: breaking news updated 2.50pm The session will be to debate an urgent motion of no confidence against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. MORE
- Letter sent to PM today
- Hold it no later than Tuesday
News from Malaysiakini.com:
> 'No reason to detain me under ISA'
> Formidable hurdles to dislodge BN
> Press Statement from Dato Seri Anwar Ibrahim


Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar
Dari Malaysiakini.com: Untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. LAGI
- Peraturan 11 (3) Parlimen
- Masalah politik berpanjangan
> Kenyataan Akhbar Dato Seri Anwar Ibrahim
> Kenyataan Akhbar Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin


促首相下周二开紧急国会会议
安华:民联要发动不信任动议

从当今大马: 即时新闻 民联今日再致函阿都拉,要求后者最迟在下周二(23日)召开紧急国会下议院会议,以便再次对首相发动不信任动议。 详文

Thursday, September 18, 2008

AMK Permatang Pauh jejaki fakir miskin

Dari Harakahdaily.net: PERMATANG PAUH, 17 Sept (Hrkh) - Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Permatang Pauh turun padang menjejaki keluarga miskin untuk menyampaikan bantuan barangan seharian sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri akan datang. LAGI

PAS tahu senarai MP lompat

Dari Malaysiakini.com: Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu. LAGI
- Dua pemimpin PAS sahkan
- Termasuk MP MCA, MIC

Jawatankuasa Pembebasan Teresa Ditubuhkan

Dari Suara Keadilan Online: KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER (SK) -Lebih 50 Ahli Parlimen pakatan Rakyat termasuk Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibarahim berkumpul di parlimen untuk membentuk satu Jawatankuasa Parlimen untuk membantu membebaskan Ahli Parlimen Seputeh Teresa daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). LAGI

Parliamentary Caucus “Free MP Teresa Kok” formed
From Fuziah Salleh (MP Kuantan) Blog: The Caucus was formed this afternoon at the Bilik Taklimat, Parliament. MPs from the Pakatan Rakyat came to support the Caucus formation. YB Lim Kit Siang chaired the occasion and was happy to introduced YB Zaid Ibrahim, the ex-Minister who just resigned from Cabinet, who also came to show support for the cause. YB Lim Kit Siang was rather disappointed that none of the other BN MPs came. MORE

SELAMAT TINGGAL BARISAN NASIONAL

Dari blog Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Malaysia:

NAJIB MENGHIMPIT DAN AKHIRNYA TERSEPIT
Agak menarik perubahan kecil Kabinet Barisan Nasional yang diumumkan sebentar td oleh Perdana Menteri di mana pertukaran potfolio berlaku di antara beliau dan timbalannya . Dengan perubahan itu maka Najib akan menjadi pemacu utama urusan kewangan negara manakala Abdullah Badawi penjaga utama kesematan negara.

Perdana Menteri menegaskan perubahan potfolio ini adalah salah satu langkah awal untuk beliau memberikan kerusi Perdana Menteri yang disandangnya (hampir 5 tahun) kepada Najib selaras dengan pemahaman peralihan kuasa diantara beliau dan Najib pada 2010 kelak.

Perubahan kecil ini secara zahirnya menampakan keikhlasan Perdana Menteri di dalam memenuhi persefahaman peralihan kuasa menjelang tahun 2010 di mana Najib sudah pasti akan menjadi seorang Perdana Menteri yang baru menjelang tahun 2010.

Namun agak melucukan sekiranya perubahan potfolio ini dilihat dengan mata hati senario politik terkini di mana banyak persoalan atau isu yang timbul akibat dari perubahan potfolio yang telah dibuat ini. Najib yang sememangnya tidak sabar untuk mendapatkan kerusi idaman Perdana Menteri sudah pasti merasa lega dan bersyukur dengan perubahan awal ini memandangkan kemaraan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DSAI sudah tidak dapat dibendung lagi.

Sebenarnya, Najib dengan potfolio Menteri Kewangan ini menjerat dirinya sendiri di dalam keadaan ekonomi semasa di mana merudumnya ekonomi dunia yang sudah tentunya mempunyai impak kepada ekonomi Malaysia juga. Sudah tentulah kelembapan ekonomi yang sedang dan akan berlaku selepas ini Najib akan dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan bukannya Abdullah Badawi!! Najib juga sudah pasti kehilangan jentera-jentera ketenteraan yang sering digunapakai oleh beliau selama ini bagi memastikan survival politik dan menampilkan imej politik beliau sebagai seorang pemimpin kanan Barisan Nasional.

Sebaliknya, Abdullah Ahmad Badawi dengan potfolio barunya sebagai Menteri Pertahanan yang baru sudah pastilah mempunyai satu jentera yang sering digunakan oleh Najib selama ini di dalam penilikan survival politiknya iaitu Cawangan Risikan Tentera. Dan dengan kerusi baru ini juga Perdana Menteri mempunyai peluang yang amat luas di dalam mempengaruhi keputusan-keputusan Jeneral-Jeneral tentera Malaysia di dalam melakukan sesuatu yang pasti menguntungkan perdana Menteri dari survival politiknya.

Selain itu, haruslah juga diingat sebagaimana kekhuatiran yang telah diutarakan oleh DSAI baru-baru ini bahawa pihak tentera tidak sekali-kali mencampuri urusan politik negara terutamanya mengenai rancangan pihak Pakatan Rakyat untuk menukarkan kerajaan yang sedia ada. Apakah dengan kehadiran Perdana menteri di alam ketenteraan ini akan memungkinkan kekhuatiran yang dinyatakan oleh DSAI ini?

Langkah drastik dan kalut yang dibuat oleh Perdana Menteri ini juga bagi memastikan usaha-usaha Najib bersama dengan ’godfather’nya Tun Mahathir Mohamad untuk menyingkirkannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri dapat disekat atau sekurang-kurangnya diperlahankan terutamanya menjelang pemilihan Bahagian UMNO bermula bulan Oktober ini.

Wednesday, September 17, 2008

Anwar: We've more than 31 defectors

From Malaysiakini.com: BREAKING NEWS! updated 5.11pm There's no new government today. BN is still in power. But Anwar insists he has in excess of 31 defectors and called on PM not to impose emergency rule to thwart the takeover. MORE
- Don't try to arrest defectors
- We want peaceful transition

Related news from Malaysiakini.com:
> Q&A: Defectors include cabinet members
> Pakatan's next stop - the Agong
> Sept 16 press statement in full


Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan
Dari Malaysiakini.com: Dikemaskini Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih 31 ahli parlimen BN telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa perdana menteri supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa. LAGI
- Mahu jumpa PM
- Mahu peralihan kuasa aman

Berita susulan dari Malaysiakini.com:
> Q&A: Anggota kabinet turut lompat
> Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong
> 16 Sept: Kenyataan penuh Anwar


安华:逾31议员跳槽数日换政府
吁和平转移政权勿宣布紧急状态

从当今大马: 更新 民联已拥有超过所需要的31名跳槽议员人数来组织新政府,但是为了确保国家稳定,他们要会晤阿都拉说服对方和平转移权力。 详文
- 要首相保证不阻议员跳槽
- 就算被迫展延也要保稳定
- 了解首相受围剿愿给时间
- 称跳槽议员包括正副部长

Tuesday, September 16, 2008

Penghijrahan Ahli Parlimen Adalah Proses Demokrasi

16 September 2008

Majlis Peguam, Harris Ibrahim dan Sean Ang dilaporkan dalam New Straits Times pada 10 September 2008 sebagai berkata Ahli-Ahli Parlimen yang mahu berhijrah ke parti lain adalah sah di sisi undang-undang, tetapi tidak bermoral.

Menjawab perkara ini, adalah perlu untuk menarik perhatian kepada beberapa prinsip-prinsip asas menyentuh persoalan moraliti penghijrahan MP-MP:

1) Penghijrahan ke sebuah parti politik lain sebagai seorang MP bukanlah sesuatu yang baru dalam demokrasi berparlimen. Sekiranya MP terbabit berhijrah bukan atas dasar kepentingan diri, tetapi atas nama kepentingan penduduk yang diwakilinya, maka tindakan beliau itu harus dipuji.

2) Terdapat dua jenis sistem pilihanraya yang utama dalam dunia demokrasi:

Pertama ialah sistem constituency-based . Melalui sistem ini, para pengundi di kawasan setempat atau kerusi melantik seorang calon individu. Calon yang menang undi majoriti di kerusi-kerusi mereka dilantik sebagai Ahli Parlimen. Parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak membentuk kerajaan. Dalam sistem ini, MP-MP berkenaan yang menduduki kerusi, bukan parti. Ini bermaksud, MP boleh berhijrah dan masih mengekalkan kerusinya.

Kedua ialah sistem proportional representation. Melalui sistem ini, para pengundi di suatu kawasan yang luas, misalannya, sebuah daerah atau negeri mengundi untuk parti-parti politik. Parti politik yang berkenaan memilih individu yang akan menjadi MP. Setiap parti diperuntukkan jumlah kerusi mengikut jumlah undi yang diterima dalam Pilihanraya Umum. Melalui sistem ini, kerusi tersebut milik parti dan MP yang melompat terpaksa meninggalkan kerusi yang dimenanginya.

Sistem pilihanraya yang digunakan di Malaysia adalah sistem constituency-based. Sistem constituency-based menyediakan wadah untuk individu, bukan sahaja parti politik, untuk menjadi calon pilihanraya ke Dewan Rakyat. Ini ditonjolkan dengan jelas, apabila calon Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik, dibenarkan bertanding.

Lantaran itu, tiket parti adalah permuafakan calon-calon individu yang menganut dasar atau ideologi yang sama. Pokoknya, para pengundi memilih calon berdasarkan dasar beliau, kemampuan beliau, dan komitmen beliau.

3) Hujah tiket parti juga gagal memberi kesan kepada peruntukan Artikel 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Artikel 43(1) memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat. Artikel 43(4) memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk membubarkan kabinet beliau sekiranya dia tidak lagi mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Berdasarkan dua peruntukan ini, secara langsung menjelaskan bahawa sistem dan operasi pilihanraya negara, bahawa para pengundi memberi mandat kepada 222 anggota Parlimen untuk menentukan siapa di kalangan mereka yang layak menjadi Perdana Menteri. Tempoh khidmat 222 MP ini dan kuasa mereka telah ditetapkan. Ia berlanjutan sehingga Pilihanraya Umum seterusnya tiba.

Tempoh khidmat Perdana Menteri bagaimanapun tidak ditetapkan dan tidak boleh tidak disanggah. Ia bergantung kepada sejauh mana keyakinan 222 MP kepada Perdana Menteri sepanjang tempoh Parlimen.

Dalam erti kata lain, keyakinan terhadap Perdana Menteri boleh sahaja terhakis dan berubah. Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk apakah Perdana Menteri tidak berkemampuan, lemah, atau gagal menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan rakyat, atau gagal melaksanakan dasar-dasar, atau tidak lagi mewakili keyakinan rakyat, atau terdapatnya perubahan pendapat di kalangan orang-orang awam berkenaan pentadbiran Perdana Menteri.

Kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri termasuk, serta memerlukan, anggota-anggota Parlimen berhijrah. Pilihan untuk berhijrah ini adalah untuk memastikan hanya Perdana Menteri yang berkemampuan sahaja berkhidmat sehingga pembubaran Parlimen. Demikian itu, adalah menjadi tanggungjawab moral MP berkenaan untuk melompat sekiranya ia dilihat perlu bagi memastikan Perdana Menteri yang lemah tidak mentadbir negara ini. Lantaran itu, hak anggota Parlimen untuk berhijrah ke wadah yang dipercayai, seraya membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan, adalah jelmaan hasrat rakyat.

4) Penghijrahan membuka ruang kepada demokrasi, dan mendesak kepimpinan negara supaya lebih sensitif kepada hasrat masyarakat semasa Parlimen berlangsung. Sekiranya tidak, pihak Eksekutif akan bertukar kepada rejim autokratik, yang tidak kenal erti takut, kerana sedar bahawa ia tidak perlu bertanggungjawab kepada naluri rakyat sehinggalah PRU tiba - lima tahun kemudian.

William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang
Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat

Anwar: We're ready to form new gov't

From Malaysiakini.com: BREAKING NEWS! updated 1.25am He told a 20,000-strong rally tonight that he had the numbers and wants to meet with the PM to discuss a smooth transition. MORE
- But he did not reveal no of defectors
- 'The govt will fall in next few weeks'


Anwar mahu temui PM isu tukar k'jaan
Dari Malaysiakini.com: "Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu. LAGI
- Anwar: Cukup jumlah kalahkan BN
- PM: Sembang kosong tanpa manfaat


安华:明日是变天“重大日子”
准备会首相商谈和平转移权力

从当今大马: 更新
约1万5千各族民众踊跃出席民联的“大马日”庆典,热切期盼安华宣布变天。不过安华却先要与阿都拉会谈,以确保和平转移权力。 详文
- 有足够议员但不愿匆忙接管
- 称再益数天内会有“好消息”
- 没透露议员数目与变天日期

Monday, September 15, 2008

KeADILan Tidak Anjur Perarakan ke Istana 16 September

15 September 2008

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah dimaklumkan tentang adanya beberapa poster dan kain rentang yang telah diletakkan di beberapa tempat di Kuala Lumpur tentang suatu perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 yang kononnya dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat. KeADILan dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia TIDAK sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diwar-warkan. Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur.

KeADILan juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang dakyah palsu yang sedang dijaja dan disebar secara meluas oleh golongan jahat yang mengamalkan politik fitnah tentang penglibatan PKR dalam mana-mana aktiviti yang melanggar batas-batas kesusilaan dan prinsip demokrasi, yang secara nyata bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik di antara PKR dan Dulu-Duli Raja-Raja Melayu.

Dato Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

-------------------------------------

Petikan Berita dari Malaysiakini.com:
> Poster palsu Anwar ke Istana Negara
> 假海报号召916游行到皇宫 - 公正党:有人造谣制造混乱

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia

Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat Penahanan ISA

Penahanan ISA Tindakan Zalim

13 September 2008

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan terdesak kerajaan yang menangkap beberapa individu iaitu YB Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan Tan Hoon Cheng di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kami mendesak pihak kerajaan agar membebaskan segera semua tahanan tanpa syarat. Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka.

Tindakan tangkapan ini terutama apabila pemberita yang menjalankan tugas ditangkap dan bukannya individu yang mengeluarkan kenyataan, adalah bukti manipulasi UMNO yang menggunakan isu kaum untuk menakutkan rakyat. Bahkan komponen Barisan Nasional sendiri tidak menyokong tindakan kejam ini. Kami mendesak kerajaan mengotakan janji mereka bahawa tidak akan ada lagi tahanan ISA selepas ini.

Kami berharap tindakan kerajaan ini bukan merupakan percubaan awal untuk menangkap lebih ramai ahli politik pembangkang dengan tujuan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara. Sehubungan itu Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan:

1) Mencadangkan pertemuan tertutup antara wakil Pakatan Rakyat dan YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

2) Mengadakan himpunan secara aman bersama Kerajaan Negeri Selangor di stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 bagi merayakan Hari Malaysia.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YB Lim Kit Siang,
Ketua Ahli Parlimen
DAP

YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden
PAS


---------------------------------------------

ISA Detention is Despotic Attempt


The Pakatan Rakyat leadership who met today vehemently opposses the desperate move by the government in detaining a few individuals, namely YB Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin and Tan Hoon Cheng, under the draconian Internal Security Act (ISA). We demand for the immediate release of all detainees without any conditions. If there are any evidence to implicate them, they should be tried in open court.

The detention especially on the reporter on duty instead of the individual who issued the statement, is a proof of UMNO’s incessant manipulation of the racial sentiment to raise fear among the people. Even the Barisan Nasional components themselves are not supporting such a devious act. We demand that the government stick with their promise that there will be no more ISA detentions after this.

We hope that the government action is not a beginning of mass arrest of opposition leaders in their attempt to thwart the of Pakatan Rakyat to form a government.

The image unstable situation is staged by the government to plant fear and anxiety in the people and can be a cause for national unrest. Therefore the Pakatan Rakyat has agreed to take several actions:

1) To propose for an urgent closed door meeting between our representative and the Prime Minister to discuss about national security and the future of Malaysian politics.

2) To organise together with Selangor State government a peaceful gathering at Kelana Jaya Stadium on the eve of September 16th to celebrate the Malaysian Day.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YB Lim Kit Siang,
Ketua Ahli Parlimen
DAP

YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden
PAS


------------------------------------

Lain-lain Kenyataan Media/Other Media Statements:

JIM Kecam Penahanan Ahli Politik, Wartawan dan Penulis Blog di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)


Kenyataan Media Anwar Ibrahim berkenaan tahanan ISA, Sept 13
Anwar Ibrahim's Media Statement on Sept 13 Arrests


Kenyataan Media Anwar Ibrahim berkenaan penahanan Raja Petra
Anwar Ibrahim's Media Statement on Raja Petra's Arrest


Wanita KeADILan: BEBASKAN RAJA PETRA DAN TAHANAN ISA LAIN!

AMK Kecam Penahanan Di Bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Kenyataan Pakatan Rakyat: Peralihan Kuasa Tetap Akan Berlaku Kerana BN Telah Gagal