Wednesday, November 30, 2011


HARI INI...
SELURUH DUNIA MENYAKSIKAN
SEORANG PUTERA TERBAIK BANGSA
DI KAKI PARA PENJENAYAH NEGARA

NAMUN BAK KATA SANG PUTERA
ANDAIKATA DIA TERSUNGKUR
AKAN BANGUN SEPULUH YANG LAIN
ANDAI SEPULUH TURUT TERSUNGKUR,AKAN MARA
SERATUS,SERIBU,SERATUS RIBU,
BERJUANG MALAH DENGAN LEBIH GAGAH!

RAKYAT TERKEJUT & TERMANGU
MENONTON BABAK DEMI BABAK
BAGAI SANDIWARA
TIDAK MENYANGKA SEJARAH SANG MENDELIR
BERULANG DEPAN MATA

KITALAH PEMEGANG AMANAH
MENYELAMAT BANGSA YANG SEKIAN LAMA
TERTIPU
KONONNYA DEMOKRASI CARA KITA
SEGALANYA CARA KITA
SEBENARNYA CARA DIA
UNTUK MERAMPAS HAK KITA!
KITA PECAHKAN BELENGGU PEMIKIRAN
KITA BUKAKAN MATA MEREKA.. AGAR SEGERA MELIHAT
ERTI KEBENARAN & KEADILAN
HARGA SEBUAH KEBEBASAN
NILAI SUATU KEMAJUAN
MENURUT ACUAN TUHAN

ITU HANYALAH KISAH PERJUANGAN
DAN KITA PUN HANYALAH SEORANG
PEJUANG KERDIL BAK SEBUTIR PASIR
NAMUN DARI SEBUTIR ITULAH
BANGUN SEBUAH TEMBOK
YANG SUKAR DIROBOH....

HIDUP RAKYAT...
HIDUP RAKYAT...
HIDUP RAKYAT...

REFORMASI!!!

PERISYTIHARAN GERAKAN WADAH PRU 13

MALAYSIA ALAF BARU!POLITIK BARU!
Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud"tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami".
Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat.
Dan menginsafi bahawa malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula.
maka kami rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama bertekat melancarkan gerakan wadah yang menyeluruh demi memastikan kemenangan PAKATAN RAKYAT di Pilihanraya Umum 13.
Gerakan wadah yang terpancar hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka,mempunyai hak dan tanggungjawab,diri manusia haram dizalimi dan diaibkan,haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil seadilnya.
Gerakan wadah untuk menegakkan keadilan untuk semua,yang kuat dan yang lemah,yang kaya dan yang miskin,membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Gerakan wadah untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi.Demokrasi itu satu kemestian,kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi itu dilaksanakan.
Gerakan wadah untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang seksama,jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.dunia ini mencukupi untuk keperluan semua,tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu.
Gerakan wadah untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa,mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya.
Gerakan wadah untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan,menjana kebijaksanaan,keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami mengerakkan wadah ini dengan aman,mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

MASANYA TELAH TIBA.BERSATULAH UNTUK
MALAYSIA ALAF BARU
MALAYSIA POLITIK BARU
MALAYSIA BUDAYA BARU
MALAYSIA WADAH BARU....

AYUH!GERAKKAN PIMPINAN KEARAH PERUBAHAN NEGARA

SAUDARA-SAUDARI..

SESUNGGUHNYA PIMPINAN KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT MASIH TEWAS DIDALAM PENGURUSAN ORGANISASI AKAN TETAPI TIDAK DINAFIKAN BANYAK PERUBAHAN TELAH KITA LAKUKAN...REGIM BN CUBA MENCARI KESILAPAN KITA AKHIRNYA MEREKA YANG TERSILAP DIBANYAK PERKARA..

AYUH PIMPINAN KITA GERAKKAN WADAH INI DEMI MEMBAWA SATU PERUBAHAN CUKUP BESAR UNTUK NEGARA..JANGAN KITA MEMBIAR KESEORANGAN DATO SERI ANWAR MENELANJANGI PIMPINAN REGIM BN..KITA LAH SEBENARNYA WIRA KEDEPAN MENGERAKKAN WADAH PERUBAHAN INI...

ANDAIAN INI PASTI JADI KENYATAAN JIKA SELURUH PIMPINAN DAN AHLI KEADILAN MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING...

BERFIKIRLAH UNTUK PERUBAHAN INI TANPA PERLU DIRANCANG,KERANA KITA SUDAH DILATIH UNTUK MERANCANGNYA.

Tuesday, November 29, 2011



GERAK WADAH SUDAH BERMULA

SALAM PERJUANGAN BUAT SELURUH PIMPINAN DAN AHLI-AHLI KEADILAN...

KEMANTAPAN PARTI AGENDA UTAMA KITA,TERUS ADA RASA KEKUATAN DAN KETEGUHAN DIRI..JANGAN ADA RASA KETAKUTAN UNTUK TERUS BERBICARA KEPADA MEREKA YANG MEMIJAK PARTI KITA DENGAN KATA-KATA KESAT.

SAHABAT PIMPINAN..
GUNA BAHASA LEMBUT MENUSUK JIWA..GUNA BUDI AKAL MEMUTAR KATA DAN DALAM BICARA DENGAN MEREKA JANGAN ADA CACIMAKI KERANA ITU BUKAN BUDAYA KEADILAN BILA BERHUJAH.BANYAK SEMYUM DAN BANYAK BERTENANG,SEJUKKAN HATI MEREKA DENGAN ZIKIRULLAH NESCAYA MEREKA AKAN MENYEBERANG MEMAUT PARTI KEADILAN.

HARI INI DAN HARI ESOK HARI ESOK DAN HARI SETERUSNYA SETIAP CABANG DAN RANTING HARUS MENGGERAKKAN WADAH PERJUANGAN KEADILAN..MULA DENGAN LANGKAH TERAWAL DENGAN MENGUMPULKAN AHLI-AHLI BARU,DIDIK DAN LATIH MEREKA MEMAHAMI SENARIO SEMASA PARTI,VISI DAN MISI PARTI...MEMOTIVASIKAN MINDA MEREKA ADA RASAI KASIHSAYANG DAN KECINTAAN PADA PARTI SERTA RASA PENGORBANAN UNTUK PARTI.

DALAM MASA TERDEKAT SATU ARUS PERUBAHAN AKAN BERLAKU...MENGAMBIL ALIH MUDAH AKAN TETAPI UNTUK MENGEKALKAN AMAT SUKAR JIKA TIADA PERANCANGAN TELITI.MAKANYA!!KITA SEDANG MERANCANG MENERUSKAN GERAK WADAH MEMBERI KEFAHAMAN CUKUP JELAS DENGAN SELURUH AKTIVITI-AKTIVITI RAKYAT UMUM AKAN DILANCARKAN..PERKHABARAN AKAN DIUMUMKAN SEDIKIT MASA LAGI.

AGENDA PERUBAHAN:
Rakyat kerdil-petani,pekerja dan penjaja,guru,kerani atau peguam-manakala digembeling dalam jemaah yang kukuh akan menjelma sebagai kekuatan raksasa.Yakinlah insya'allah agenda pembaharuan adalah agenda rakyat dan agenda rakyat adalah memperjuangkan keadilan.
"MANUSIA MERANCANG,ALLAH MENTAKDIRKAN"

AGENDA PERUBAHAN:
Rakyat kerdil-petani,pekerja dan penjaja,guru,kerani atau peguam-manakala digembeling dalam jemaah yang kukuh akan menjelma sebagai kekuatan raksasa.Yakinlah insya'allah agenda pembaharuan adalah agenda rakyat dan agenda rakyat adalah memperjuangkan keadilan.
"MANUSIA MERANCANG,ALLAH MENTAKDIRKAN"

PRU 13:
Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat!!
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Keadilan-eclub memberi sokongan penuh kepada DSAI...
"CULPRIT IN THE PARTY HAS TO CLEAN UP 100%"

INTIPATI UCAPAN:
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan KEADILAN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan akan memilih calon yang benar-benar berwibawa.
“Jentera pilihan raya telah diperkemas; latihan dan persiapan rapi terus dijalankan.
“Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan dirundingkan terlebih dulu dengan cabang dan akar umbi, terdiri daripada mereka yang layak dan diyakini punya prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh,” kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya dengan tema ‘Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia’, pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan 2011 di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru.
Dalam ucapan sama, Wan Azizah turut meniup semangat juang menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Menurutnya, cabaran terbesar KEADILAN iaitu untuk memenangi hati rakyat perlu terus didepani walaupun berdepan kekangan seperti pilihan raya yang tidak bebas mahu pun adil.
“Sekiranya kita dapat menembus malah menumpas kubu Umno-BN dengan segala kekurangan dan keterbatasan yang ada kita pasti berupaya mencatat keputusan cemerlang sehingga ke Putrajaya, Insya-Allah,” kata Wan Azizah.
KEADILAN juga, kata Wan Azizah, perlu membebaskan Malaysia dari ‘penguasa elit’ yang terus membiarkan rakyat menderita dan menafikan hak mereka mendapat terbaik dalam kehidupan.
“Malaysia negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya.
“Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan menderita dengan kepayahan hidup.
“Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, kebajikan terbela, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita,” kata Wan Azizah.
Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.
Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati.