Friday, October 17, 2008

AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

16 Oktober 2008

AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan polis yang bertindak biadap merempuh dan menyerang penduduk kampung tanpa mengira batasan umur secara ganas dan zalim di mana menyaksikan 10 buah rumah dirobohkan di Kampung Baru Plentong Tengah Johor hari ini.

Apa yang sangat dikesalkan ialah kebiadapan pihak polis yang memukul dan mengasari masyarakat setempat termasuklah warga emas,golongan wanita dan kanak-kanak kecil.

Meski permohonan penduduk untuk memohon penangguhan perlaksanaan pemusnahan kampung di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke 29 Oktober 2008, pihak pemaju dengan dibantu oleh pihak polis dan beberapa samseng upahan telah bertindak mengasari hampir 100 warga kampung dan meroboh hampir 10 buah rumah. Warga emas yang cedera telah dibawa oleh AMK dan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan Adun Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.

Adalah sangat malang bagi rakyat negeri Johor tatkala mereka masih dicanang kubu kuat Umno-BN,tetapi tidak seorang pun pimpinan Umno-BN yang berada bersama warga Kampung Plentong Tengah untuk mempertahankan hak mereka daripada diragut oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.

AMK menggesa penjelasan segera diberikan oleh Ketua Polis Negara dan Menteri dalam Negeri mengenai kebiadapan pihak polis yang sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan di luar norma kewarasan fikiran.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pautan dari blog Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK:
> Lawatan Kerja Ketua AMK Ke Kg Baru Plentong Tengah Masai Johor
> Peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah

Kenyataan Media Pakatan Rakyat Berkenaan Pengharaman Hindraf

16 Oktober 2008

Pakatan Rakyat mengecam keras keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengharamkan Hindraf atas alasan kononnya pertubuhan ini "memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak".

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak badan-badan gabungan, NGO, kumpulan prihatin muncul untuk menjuarai pelbagai isu. Kami hairan kenapa Hindraf satu sahaja disasar? Keputusan Menteri mengharamkan Hindraf ekoran insiden lawatan Hindraf ke majlis rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini jelas melanggari prinsip hak asasi dan demokrasi, malah menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

Lawatan Hindraf ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri baru-baru ini merupakan kunjungan biasa masyarakat Malaysia berbilang kaum ke majlis rumah terbuka setiap tahun. Di samping kunjungan hormat, aktivis Hindraf juga menyerah memorandum kepada Perdana Menteri agar membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sejak tahun lepas.

Seperti orang awam yang juga hadir dalam majlis terbuka hari raya tersebut, aktivis Hindraf telah berbaris dan masuk ke dalam dewan secara baik untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Malah, mereka yang menuntut untuk membebaskan tahanan ISA termasuk juga penyokong Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah berada di majlis rumah terbuka yang sama, dan bukan aktivis Hindraf sahaja.

Dalam semangat Ramadhan dan Aidilfitri, kami sentiasa harus mengingatkan nasib kaum-kaum yang dipinggir atau tertindas. Walaupun kami tidak semestinya bersetuju sepenuhnya segala tuntutan Hindraf, namun kami menegaskan bahawa masalah dan isu penting yang dihadapi masyarakat India harus ditangani dengan cara musyawarah.

Kami khuatir tindakan yang merupakan penindasan hak asasi masyarakat sivil ini akan menimbulkan kemarahan masyarakat India dan seterusnya akan menambahkan lagi ketegangan antara kaum.

Kami mendesak: -
1) Kerajaan menghentikan penindasan ke atas mana-mana pergerakan sivil
2) Kerajaan membebaskan semua tahanan ISA serta merta dan mansuhkan ISA

Dikeluarkan oleh
PAKATAN RAKYAT
16 Oktober 2008

Thursday, October 16, 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

Dari Mstar.com.my: KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. LAGI

Tuesday, October 14, 2008

PAS beralih angin - kini yakin '16 Sept'

Dari Malaysiakini.com: dikemaskini 6:44pm Keputusan biro politik parti itu minggu lalu telah pun diterima oleh mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin. LAGI
- Disertai Nasharudin, Mohamad Sabu
- Direstui mesyuarat jawatankuasa pusat

Monday, October 13, 2008

Galeri Foto Rumah Terbuka Hari Raya DSAI

Rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim

LAGI

Rumah Terbuka DSAI di Cherok To'kun

LAGI