"Kekalkan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan Selangor dan ADUN Bukit Lanjan" - demikian mesej sekumpulan penyokong pemimpin Wanita PKR itu yang bergelut dengan isu penyebaran foto bogelnya.Melalui sebaran emel, penduduk kawasan DUN tersebut, aktivis NGO dan kenalan Elizabeth diundang menghadiri satu perhimpunan petang Ahad ini bagi menghantar mesej tersebut kepada menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Acara yang bermula jam 1 tengah hari di pusat khidmat masyarakat wakil rakyat PKR itu di Bandar Utama akan disertai Elizabeth jika beliau sudi menerima undangan tersebut. Jika menjadi kenyataan, pengesahan kehadiran Elizabeth akan diumumkan kemudian, kata penganjurnya dalam emel kepada Malaysiakini hari ini.Perhimpunan besar itu bagi menunjukkan sokongan kuat yang diterima Elizabeth sebelum majlis mesyuarat kerajaan negeri membuat keputusan pada Rabu depan, hari terakhir aktivis hak asasi itu bercuti selama dua bulan sejak isunya terbongkar di media.Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN pada 17 Februari - sewaktu memuncak isu tersebut - tetapi tidak diterima oleh Abdul Khalid dan sebaliknya beliau diarahkan mengambil cuti.Perhimpunan sehingga jam 2.30 petang berakhir dengan acara pembebasan "burung demokrasi" dan jamuan ringan.Pada 24 Februari lalu, satu petisyen yang mengandungi 10,000 tandatangan sokongan kepada Elizabeth diserahkan kepada menteri besar.Kempen sokongan diusahakan oleh sebahagian penduduk Bukit Lanjan.
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment