Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi."Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya. "Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment