Monday, December 19, 2011


Skrip yang bocor....Anwar Bersalah??????
Apakah skrip sudah ada dalam menentukan keputusan kes Liwat Dato Sri Anwar Ibrahim.... yang beliau bersalah, kepenjarakah Anwar atau bagaimanakah keputusan Mahkamah dan bagaimana Pakatan rakyat akan menghadapi Rakyat. Makin meningkatkah sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan bertepuk kegembiraan Najib dan Rosmah....Rakyat menilainya?????

Jika mahkamah menjatuhkan hukuman Anwar bersalah dalam kes liwat beliau bersama Saiful maka kepenjaralah beliau, tetapi ini akan menjadikan Pakatan Rakyat akan lebih kuat dengan rakyat bersimpati diatas ketidakadilan mahkamah. Maka barisan nasional akan kecundang dalam PRU 13 nanti.

Jika didapati Anwar telah difitnah dan mahkamah membebaskan maka Najib dan Barisan Nasional akan berkokok diseluruh negara dan dunia mengatakan mahkamah Malaysia adalah adil dan dan bebas. Reputasi BN akan melonjak bahawa demokrasi yang dicanangkan oleh BN adalah betul. BN boleh konfiden akan memenangi dengan majorati yang besar dalam PRU 13 nanti.

TETAPI............... Jika Mahkamah membuat keputusan bahawa tiada kes untuk menjatuhkan hukuman kerana kes ini berlaku diatas kerelaan atau suka sama suka! apakah ini menjadi agenda BN selama ini untuk memesongkan pemikiran rakyat..LAWAN TETAP LAWAN!!

Rakyat Malaysia pasti menanti dan menunggu 9hb Januari 2012 ni....adakah pilihanraya akan berlaku dalam masa yang sama pembubarannya dan dalam masa yang sama duit BR1M RM 500 akan diberi kepada rakyat Malaysia yang layak. Nantilah episod seterusnya.....................mari kita fikirkan sama-sama!??
MOBILASASI BEBASKAN ANWAR901

No comments: