Tuesday, December 6, 2011


MESTI BACA DAN SEBARKAN!!
KETUANAN MELAYU SLOGAN KOSONG

Konsep ketuanan Melayu adalah satu slogan kosong yang digunakan oleh segelintir elit neo-feudal dalam masyarakat Melayu bagi melahirkan atau kesedaran palsu dalam terminologi aliran kiri dalam kalangan Melayu.
Bangsa Melayu akan maju apabila kita berani melihat dan menerima realiti dunia luar.Anak-anak bangsa kita akan berjaya apabila mereka diasuh untuk bekerja keras,bersaing dan menghormati orang lain yang berjaya.
Anak-anak kita akan semakin mundur sekiranya mereka terus didendangkan dengan metos palsu ketuanan Melayu dan menjadi kaum bermentaliti rendah,suka meminta-minta dan menagis subsidi serta hidup dalam nostagia zaman silam.
Terdapat halangan terbesar melahirkan bangsa Melayu yang berjiwa dinamis,berani,yakin dan teguh kerana wujud kekangan tertentu pihak atasan.
Bangsa Melayu keseluruhannya harus bangun bersama untuk meruntuhkan mitos palsu yang telah menipu kita selama ini.
Kita boleh lakukan dengan menolak tukang sihir penghembus slogan palsu ketuanan Melayu iaitu elit penguasa dan penindas neo-feudal Melayu yang bersarang di dalam sebuah parti PEMERINTAH yang ada sekarang...
Di Malaysia,konsep ketuanan Melayu adalah SENJATA mereka untuk meraih sokongan orang Melayu bagi mengekalkan kuasa dan kekayaan.

Oleh itu bangsa Melayu harus mengubah pemikiran dengan berusaha sendiri dan jangan sekali mengharapkan bantuan pihak tertentu agar dapat bersaing dengan bangsa lain di dunia.

No comments: