Wednesday, November 30, 2011


PERISYTIHARAN GERAKAN WADAH PRU 13

MALAYSIA ALAF BARU!POLITIK BARU!
Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud"tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami".
Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat.
Dan menginsafi bahawa malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula.
maka kami rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama bertekat melancarkan gerakan wadah yang menyeluruh demi memastikan kemenangan PAKATAN RAKYAT di Pilihanraya Umum 13.
Gerakan wadah yang terpancar hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka,mempunyai hak dan tanggungjawab,diri manusia haram dizalimi dan diaibkan,haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil seadilnya.
Gerakan wadah untuk menegakkan keadilan untuk semua,yang kuat dan yang lemah,yang kaya dan yang miskin,membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Gerakan wadah untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi.Demokrasi itu satu kemestian,kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi itu dilaksanakan.
Gerakan wadah untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang seksama,jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.dunia ini mencukupi untuk keperluan semua,tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu.
Gerakan wadah untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa,mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya.
Gerakan wadah untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan,menjana kebijaksanaan,keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami mengerakkan wadah ini dengan aman,mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

MASANYA TELAH TIBA.BERSATULAH UNTUK
MALAYSIA ALAF BARU
MALAYSIA POLITIK BARU
MALAYSIA BUDAYA BARU
MALAYSIA WADAH BARU....

No comments: