Wednesday, August 5, 2009

SPRM batal niat serbu exco S'gor


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya. Lima pegawai suruhanjaya itu menunggu di pejabat wakil rakyat PKR bagi Batu Tiga sejak 2.45 petang tadi tetapi dihalang pembantu sementara menunggu ketibaan Rodziah yang sedang berada dalam mesyuarat exco.Beberapa peguam berunding dengan kumpulan pegawai SPRM tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam. Pegawai-pegawai itu meninggalkan pejabat exco berkenaan pada jam 3.55 petang tadi selepas perundingan tersebut.

No comments: