Sunday, May 31, 2009

Mansor sudah dapat 75% undi


Selepas hampir 6,000 pemilih keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi, pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution yakin, calon parti itu, Mansor Othman, sudah mendapat sekurang-kurangnya 4,500 undi."Berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas parti, sebahagian besar pemilih terbabit adalah penyokong tegar PKR," katanya.Menurut Suruhanajaya Pilihanraya (SPR), sehingga jam 2 petang tadi, seramai 38.77 peratus atau 5,964 pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.Anggaran yang dibuat oleh Saifuddin itu menunjukkan bahawa Mansor mendapatkan kira-kira 75 peratus undi setakat ini.

No comments: