Monday, September 8, 2008

Rayuan sumbangan JEJAK FAKIR anjuran AMK Pulau Pinang

Berdasarkan program Jejak Fakir yang telah menjadi acara tahunan Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang, saya mewakili Jawatankuasa Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang dengan penuh rasa takzim dan rendah hati ini memohon sumbangan dari pihak rakan-rakan untuk menjayakan program ini.

Program ini adalah merupakan kali ke empat setelah bermula sejak tahun 2004. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang akan menetapkan 2 hari untuk menjalankan misi menyampaikan bantuan ke bahagian-bahagian di dalam Negeri Pulau Pinang (21hb Sept dan 28 hb Sept 2008). Senarai penerima bantuan disediakan oleh Angkatan Muda Bahagian yang terlibat. Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan boleh diserahkan kepada saya sendiri atau kepada Bendahari Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang.Sasaran bantuan ialah seramai 10 penerima x 11 bahagian= 110 penerima (Keluarga). Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM2.10 - RM4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM2.20 - RM2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM2.50 - RM5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM2.20 - RM2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM4.00 - RM4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga - RM50.00
Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga RM105.50

Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah
RM105.50 x 110 keluarga : RM11,605.00

Setakat tarikh email ini dihantar Angkatan Muda Keadilan telah berjaya mengumpulkan RM1258.00 sumbangan. Kami masih mengharapkan ada sumbangan dari pihak yang prihatin. Sumbangan diterima sehingga 19hb Sept 2008. Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan rakan-rakan sekalian. Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Bendahari Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
Sdr Aidi Rafizul bin Idrus (Bendahari AMK Negeri Pulau Pinang)
Tel: 016-4362117
Account : Aisyalami Ent (RHB Bank : 20715800028482)
Sdr Ahmad Azrizal Tahir
(Naib 1 Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang)
Tel : 012-4984556

No comments: