Thursday, September 18, 2008

SELAMAT TINGGAL BARISAN NASIONAL

Dari blog Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Malaysia:

NAJIB MENGHIMPIT DAN AKHIRNYA TERSEPIT
Agak menarik perubahan kecil Kabinet Barisan Nasional yang diumumkan sebentar td oleh Perdana Menteri di mana pertukaran potfolio berlaku di antara beliau dan timbalannya . Dengan perubahan itu maka Najib akan menjadi pemacu utama urusan kewangan negara manakala Abdullah Badawi penjaga utama kesematan negara.

Perdana Menteri menegaskan perubahan potfolio ini adalah salah satu langkah awal untuk beliau memberikan kerusi Perdana Menteri yang disandangnya (hampir 5 tahun) kepada Najib selaras dengan pemahaman peralihan kuasa diantara beliau dan Najib pada 2010 kelak.

Perubahan kecil ini secara zahirnya menampakan keikhlasan Perdana Menteri di dalam memenuhi persefahaman peralihan kuasa menjelang tahun 2010 di mana Najib sudah pasti akan menjadi seorang Perdana Menteri yang baru menjelang tahun 2010.

Namun agak melucukan sekiranya perubahan potfolio ini dilihat dengan mata hati senario politik terkini di mana banyak persoalan atau isu yang timbul akibat dari perubahan potfolio yang telah dibuat ini. Najib yang sememangnya tidak sabar untuk mendapatkan kerusi idaman Perdana Menteri sudah pasti merasa lega dan bersyukur dengan perubahan awal ini memandangkan kemaraan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DSAI sudah tidak dapat dibendung lagi.

Sebenarnya, Najib dengan potfolio Menteri Kewangan ini menjerat dirinya sendiri di dalam keadaan ekonomi semasa di mana merudumnya ekonomi dunia yang sudah tentunya mempunyai impak kepada ekonomi Malaysia juga. Sudah tentulah kelembapan ekonomi yang sedang dan akan berlaku selepas ini Najib akan dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan bukannya Abdullah Badawi!! Najib juga sudah pasti kehilangan jentera-jentera ketenteraan yang sering digunapakai oleh beliau selama ini bagi memastikan survival politik dan menampilkan imej politik beliau sebagai seorang pemimpin kanan Barisan Nasional.

Sebaliknya, Abdullah Ahmad Badawi dengan potfolio barunya sebagai Menteri Pertahanan yang baru sudah pastilah mempunyai satu jentera yang sering digunakan oleh Najib selama ini di dalam penilikan survival politiknya iaitu Cawangan Risikan Tentera. Dan dengan kerusi baru ini juga Perdana Menteri mempunyai peluang yang amat luas di dalam mempengaruhi keputusan-keputusan Jeneral-Jeneral tentera Malaysia di dalam melakukan sesuatu yang pasti menguntungkan perdana Menteri dari survival politiknya.

Selain itu, haruslah juga diingat sebagaimana kekhuatiran yang telah diutarakan oleh DSAI baru-baru ini bahawa pihak tentera tidak sekali-kali mencampuri urusan politik negara terutamanya mengenai rancangan pihak Pakatan Rakyat untuk menukarkan kerajaan yang sedia ada. Apakah dengan kehadiran Perdana menteri di alam ketenteraan ini akan memungkinkan kekhuatiran yang dinyatakan oleh DSAI ini?

Langkah drastik dan kalut yang dibuat oleh Perdana Menteri ini juga bagi memastikan usaha-usaha Najib bersama dengan ’godfather’nya Tun Mahathir Mohamad untuk menyingkirkannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri dapat disekat atau sekurang-kurangnya diperlahankan terutamanya menjelang pemilihan Bahagian UMNO bermula bulan Oktober ini.

No comments: