Dari blog YB Haniza Talha (ADUN Taman Medan): 1 OGOS 2008 Menyedari kesukaran dan kesulitan golongan wanita yang menghadapi isu-isu keganasan, OSCC telah ditubuhkan dibawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.
Bagi mengangkat martabat wanita Selangor, Karnival Wanita Anggun (Kawan) telah diadakan bermula 1 hingga 3 Ogos di Stadium Malawati Shah Alam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merasmikan karnival tersebut berkata, wanita merupakan golongan yang sering terbelenggu dengan isu keganasan rumah tangga, perceraian, penjagaan anak, kesihatan dan sebagainya.
Katanya, bagi memudahkan pendaftaran dan pengumpulan data ibu tunggal kerajaan negeri telah mewujudkan pusat ‘Portal E-Ibu’ bagi melancarkan usaha kerajaan memberi bantuan dan insentif yang sewajarnya. Beliau berharap Rodziah dapat menyelia dua pusat tersebut dan memantau keberkesanan sistem penyampaiannya.
Dalam perasmian itu, beliau telah mengumumkan pelan tindakan wanita negeri Selangor bagi tahun 2008-2012 dan akandilancarkan segera. Katanya, dalam pelan itu mengandungi agenda memperkasa golongan wanita khasnya ibu tunggal supaya berdaya juang dalam kehidupan yang bertambah mencabar.
Turut memeriahkan karnival tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood; Adun Kota Damansara, Dr Osman Nasir; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Speker Dun, Teng Chang Khim. Selepas merasmikan karnival, Khalid diiringi Rodziah melawat gerai dan pameran yang berada dalam kawasan stadium. LAGI
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment