Wednesday, December 3, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Keadilan-eclub DeepaRaya Open House / Majlis Rumah Terbuka DeepaRaya Keadilan-eclub
Keadilan-eclub would like to thank for all those who had come to our DeepaRaya Open House on 31st October 2008, especially Miss Felicia Lim, YB Zuraida Kamaruddin and YB Tian Chua. We would like to welcome also for those who had sign-up and participate as a Member of Keadilan-eclub that night.
Keadilan-eclub ingin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka DeepaRaya kami pada 31 Oktober 2008 yang lalu, terutamanya Cik Felicia Lim, YB Zuraida Kamaruddin dan YB Tian Chua. Kami juga ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka yang menyertai sebagai ahli Keadilan-eclub pada malam itu.

Thursday, October 30, 2008
DeepaRaya Open House / Majlis Rumah Terbuka DeepaRaya
Keadilan-eclub would like to invite all members of KeADILan Information Bureau of Selangor and Wilayah Persekutuan to our DeepaRaya Open House. There'll be food and refreshments and Lucky Draw with prizes worth RM5,000!
Keadilan-eclub ingin menjemput semua ahli Biro Penerangan KeADILan Selangor dan Wilayah Persekutuan ke Majlis Rumah Terbuka DeepaRaya kami. Makanan dan minuman disediakan, dan Cabutan Bertuah juga diadakan dengan hadiah-hadiah bernilai RM5,000!
Tuesday, October 28, 2008
Friday, October 17, 2008
AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
16 Oktober 2008
AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan polis yang bertindak biadap merempuh dan menyerang penduduk kampung tanpa mengira batasan umur secara ganas dan zalim di mana menyaksikan 10 buah rumah dirobohkan di Kampung Baru Plentong Tengah Johor hari ini.
Apa yang sangat dikesalkan ialah kebiadapan pihak polis yang memukul dan mengasari masyarakat setempat termasuklah warga emas,golongan wanita dan kanak-kanak kecil.
Meski permohonan penduduk untuk memohon penangguhan perlaksanaan pemusnahan kampung di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke 29 Oktober 2008, pihak pemaju dengan dibantu oleh pihak polis dan beberapa samseng upahan telah bertindak mengasari hampir 100 warga kampung dan meroboh hampir 10 buah rumah. Warga emas yang cedera telah dibawa oleh AMK dan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan Adun Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.
Adalah sangat malang bagi rakyat negeri Johor tatkala mereka masih dicanang kubu kuat Umno-BN,tetapi tidak seorang pun pimpinan Umno-BN yang berada bersama warga Kampung Plentong Tengah untuk mempertahankan hak mereka daripada diragut oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.
AMK menggesa penjelasan segera diberikan oleh Ketua Polis Negara dan Menteri dalam Negeri mengenai kebiadapan pihak polis yang sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan di luar norma kewarasan fikiran.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Pautan dari blog Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK:
> Lawatan Kerja Ketua AMK Ke Kg Baru Plentong Tengah Masai Johor
> Peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah

Kenyataan Media Pakatan Rakyat Berkenaan Pengharaman Hindraf
16 Oktober 2008
Pakatan Rakyat mengecam keras keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengharamkan Hindraf atas alasan kononnya pertubuhan ini "memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak".
Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak badan-badan gabungan, NGO, kumpulan prihatin muncul untuk menjuarai pelbagai isu. Kami hairan kenapa Hindraf satu sahaja disasar? Keputusan Menteri mengharamkan Hindraf ekoran insiden lawatan Hindraf ke majlis rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini jelas melanggari prinsip hak asasi dan demokrasi, malah menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.
Lawatan Hindraf ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri baru-baru ini merupakan kunjungan biasa masyarakat Malaysia berbilang kaum ke majlis rumah terbuka setiap tahun. Di samping kunjungan hormat, aktivis Hindraf juga menyerah memorandum kepada Perdana Menteri agar membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sejak tahun lepas.
Seperti orang awam yang juga hadir dalam majlis terbuka hari raya tersebut, aktivis Hindraf telah berbaris dan masuk ke dalam dewan secara baik untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Malah, mereka yang menuntut untuk membebaskan tahanan ISA termasuk juga penyokong Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah berada di majlis rumah terbuka yang sama, dan bukan aktivis Hindraf sahaja.
Dalam semangat Ramadhan dan Aidilfitri, kami sentiasa harus mengingatkan nasib kaum-kaum yang dipinggir atau tertindas. Walaupun kami tidak semestinya bersetuju sepenuhnya segala tuntutan Hindraf, namun kami menegaskan bahawa masalah dan isu penting yang dihadapi masyarakat India harus ditangani dengan cara musyawarah.
Kami khuatir tindakan yang merupakan penindasan hak asasi masyarakat sivil ini akan menimbulkan kemarahan masyarakat India dan seterusnya akan menambahkan lagi ketegangan antara kaum.
Kami mendesak: -
1) Kerajaan menghentikan penindasan ke atas mana-mana pergerakan sivil
2) Kerajaan membebaskan semua tahanan ISA serta merta dan mansuhkan ISA
Dikeluarkan oleh
PAKATAN RAKYAT

Thursday, October 16, 2008
Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar
Tuesday, October 14, 2008
PAS beralih angin - kini yakin '16 Sept'
- Disertai Nasharudin, Mohamad Sabu
- Direstui mesyuarat jawatankuasa pusat
Monday, October 13, 2008
Thursday, October 9, 2008
Anwar has no confidence in Najib
- Abdullah under siege
- Najib in denial
“不曾听他提倡任何改革议程”
安华对纳吉三月接班毫无信心
从当今大马: 即时新闻 “难道你认为,随着纳吉上台,司法制度就会独立?他会良好管理经济?他会铲除贪污?答案是不!” 详文
- 唯一处于否定状态的财长
- 释扣留者是首相未竟使命
Tuesday, October 7, 2008
Latest Promotions / Promosi Terkini / 最新促销
Sertai Keahlian SEUMUR HIDUP Keadilan-eclub dengan hanya RM10! Apabila anda perkenalkan seorang keahlian baru, anda akan mendapat manfaat!!
Dapatkan KAPUCINO GINSENG AMERIKA KeADILan pada harga istimewa RM20 sekotak (harga Keahlian Keadilan-eclub), dan menikmati kehebatan kopi dan kebaikan Ginseng Amerika untuk kesihatan. Setiap kotak mengandungi 20 paket, setiap 15gram. Campuran 4-dalam-1, Kopi, Ginseng Amerika, Gula dan Creamer memudahkan lagi penyediaan. SEMENTARA STOK MASIH ADA!
Perkenalkan perniagaan dan perkhidmatan anda ke seluruh dunia secara global dengan iklan di laman web Keadilan-eclub selama 1 tahun pada harga hanya RM200!! Anda juga boleh membuat keuntungan dengan menjual ruangan iklan anda itu kepada orang lain. Konsep baru pengiklanan; E-PENGIKLANAN!
Thursday, September 25, 2008
Statement on Milk Scandal
25 September 2008
The Health Ministry's action in banning milk and milk-based products from China on Tuesday September 23rd is somewhat late in light of the fact that news of the scandal broke more than one week ago on Monday 15th September.
The initial statement by the Health Ministry that baby formula sold in Malaysia "is safe" and that Malaysia does not import milk or milk-based products from China, only to later admit to the contrary is questionable. While the Health Ministry had, on September 23rd, released a list of diary products sold in Malaysia which are safe, the procedures on how they arrived at these conclusions - ie. if they were chemically tested - were not revealed.
Singapore, in comparison had, on September 19th, published a list of banned items. We urge the Health Ministry to publish a list of all products which have been found to contain melamine and those that have been banned.
The Health Ministry's tardiness, lack of transparency and downplaying of the hazards of Melamine has caused the Rakyat to be overly-cautious and suspicious. As a result, many are completely abstaining from buying and consuming milk and milk-based products.
The Health Ministry should have acted more speedily and ordered an immediate freeze on all suspected food items and sent samples for thorough checks, instead of waiting one week to take action.
Malaysian government should also take immediate steps to set up a food testing agency, along the lines of the US Food and Drug Administration (FDA), in order to ensure that all consumable items imported into Malaysia are safe and of proper quality.
KeADILan further urges the Health Ministry and the Malaysian government to place at utmost importance the health and well-being of the Rakyat over its perennial concern of protecting its own image along with that of business-owners and retailers.
This will undoubtedly give the Rakyat a fuller, more transparent picture and therefore assuage their anxieties.
Dr Wan Azizah Wan Ismail
President, Parti Keadilan Rakyat

Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan
24 September 2008
Semalam saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat, terdiri daripada pimpinan Pas di Kota Bharu, Kelantan dan pimpinan DAP di Kuala Lumpur. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat, manakala Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional. Kami juga membincangkan langkah Pakatan Rakyat yang seterusnya untuk diambil ke arah menubuhkan kerajaan yang mengesani sokongan daripada majoriti Ahli-ahli Parlimen. Kegagalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk menghalusi permohonan kami untuk memanggil Sidang Tergempar Parlimen menggambarkan satu lagi usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk melakukan sabotaj serta mencalai proses demokrasi yang sihat.
Sungguhpun begitu saya dan teamn-teman di dalam Pakatan Rakyat kekal yakin dan percaya bahawa iltizam rakyat untuk melihat perubahan akan terhasil kelak. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai sasaran kami dan kami mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan yang lebih parah buat negara. Saya tidak maklum mengenai sebarang perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam yang menyarankan ada ruang komunikasi yang perlu dibuka telah disalahtafsir.
Kini wujud satu krisis keyakinan ke atas kepimpinan negara pada masa kini di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan pengangguran dan juga hakisan keyakinan yang dramatik di kalangan pelabur.
Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang drakonian seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa sebarang proses perundangan.
Perubahan-perubahan ini adalah asas kepada misi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mengorak lebih pertumbuhan dan pekerjaan buat rakyat Malaysia, menarik pelaburan asing, dan untuk memastikan pendirian teguh kepada jaminan perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan pastinya hak istimewa Melayu dan bumiputra.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

Tuesday, September 23, 2008
Pakatan says in handover talks with gov't
- Tian Chua: Meetings held
- PM dismissed claims as bluff
Pakatan kata sedang runding dengan k'jaan
Dari Malaysiakini.com: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi para pegawai berkata, kontak dibuat melalui orang tengah. LAGI
- Adakan beberapa pertemuan
- Minta sidang khas
民联国阵透过中间人初步接触
蔡添强有信心开斋节前换政府
从当今大马: 蔡添强声称,民联已经开始透过中间人与国阵政府,进行权力转移的谈判。 详文
- 双方已经会面超过一次
- 限期今日召开国会会议
Subscribe to:
Posts (Atom)